BIASISWA YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI - ATLET CEMERLANG IPT 2024 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Biasiswa ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.
Tawaran ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Penerima Biasiswa ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia yang tidak melebihi umur seperti ketetapan berikut pada tarikh tutup permohonan :
1.1 45 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana/ Dr. Falsafah) 1.2 30 tahun bagi pengajian di peringkat Ijazah Pertama 1.3 25 tahun bagi pengajian di peringkat Diploma
2. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)dan Malaysian Qualification Agency (MQA) di IPTA, Politeknik dan IPTS (bertaraf Universiti dan Kolej Universiti sahaja). Walau bagaimanapun, bagi kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian hanya ditawarkan kepada pengajian di IPTA sahaja.
3. Tidak menerima sebarang tajaan/ biasiswa daripada mana-mana institusi/ agensi kerajaan/ swasta yang lain semasa permohonan dibuat.
4. Pemohon tidak berkhidmat dengan mana-mana organisasi/ berpendapatan tetap.
5. Telah mendapat surat tawaran atau sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Dr. Falsafah dari mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan.
6. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu : 6.1 Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan. 6.2 Memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas di mana-mana IPT. 7. Pelajar masih bergiat aktif sebagai atlet dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan Universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau PINGAT EMAS di Sukan Institusi pendidikan Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan.
ELAUN DAN KEMUDAHAN
1. Yuran pengajian dibayar mengikut kadar yang dituntut oleh IPT. 2. Elaun sara hidup, elaun buku, elaun perkakas, elaun tesis dan elaun latihan amali/ kertas projek adalah mengikut kadar biasiswa dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. 3. Elaun Insentif Pencapaian Sukan (EIPS) mengikut kategori yang ditetapkan.
Kategori 1 | RM 12,000 setahun / RM 1,000 sebulan |
Kategori 2 | RM 6,000 setahun / RM 500 sebulan |
Kategori 3 | RM 3,000 setahun / RM 250 sebulan |
KAEDAH PERMOHONAN
1. Permohonan adalah secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi Kementerian di url gate.io daripada Mei 2024. 2. Setiap pemohon hanya layak membuat satu (1) permohonan SAHAJA dan DIWAJIBKAN memuat naik Surat Tawaran Pengajian. 3. Pemohon perlu memuat naik surat pengesahan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sekiranya ada. 4. Pemohon perlu mencetak salinan permohonan sebaik sahaja melengkapkan permohonan. 5. Pemohon yang berjaya dipanggil untuk sesi temuduga DIWAJIBKAN membawa bersama SATU (1) salinan cetakan permohonan dan Surat Tawaran Pengajian yang telah disahkan oleh Pegawai Sukan dari Pusat Sukan IPT dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga. 6. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.